Pages

Jumaat, 12 Ogos 2011

Whey Protein

‘Halal ke haram suplemen ini?’ Pasti ramai muslim tertanya-tanya tentang status halal haram sesuatu produk yang terang-terang tiada cop halal.
Antara isu yang selalu dipertikaikan: Whey Apa itu protein whey? Whey adalah hasil sampingan daripada proses membuat keju. Enzim rennet ditambah untuk mendorong pembekuan. Kebiasaannya Enzim rennet dihasilkan daripada pelbagai sumber termasuk haiwan (babi, lembu, dan sebagainya), tumbuhan, microbial. Bahan aktif dalam rennet adalah chymosin. Chymosin juga boleh dihasilkan dengan cara lain, termasuk bioteknologi. Chymosin dihasilkan menggunakan kaedah bioteknologi disahkan halal. Di Eropah, mereka masih menggunakan sumber babi untuk mendapatkan rennet. Di Amerika pula, disebabkan kos yang tinggi, babi kurang digunakan. Secara umum, sumber utama adalah lembu yang mana kebanyakan tidak diproses mengikut cara Islam. Terdapat tiga bahan tersembunyi digunakan untuk membuat whey: 

1. Bakteria pemula (starter culture bacteria): Ia hendaklah diperolehi daripada sumber susu dan jika ia diperoleh daripada sumber daging maka ia tidak halal.
2. Campuran bakteria pemula: Susu, susu rendah lemak, whey, laktosa, autolyzed ekstrak yis, dekstrin, dextrosa, pancreatin (di Eropah masih menggunakan sumber babi), garam phosphate. Apa sahaja gabungan yang digunakan hendaklah daripada sumber halal. 
3. Rennet: Enzim rennet hendaklah daripada sumber halal dan bukan daging babi atau daging yang tidak disembelih.

Kononnya ada syarikat yang berjaya mendapatkan sijil halal. Betul ke? Ada pihak yang mendakwa jika ianya dilabelkan sebagai 100% Whey bermakna ianya seratus peratus daripada sumber tumbuhan dan dianggap halal. Adakah benar anggapan begitu dah menghalalkan produk tersebut? (Protein whey bukan sahaja dalam tong yang berlabel Whey tetapi juga campuran dalam kebanyakan ‘weight gainer‘) Gelatin Gelatin antara kandungan yang sering disebut-sebut.

Apa itu gelatin? Gelatin adalah produk protein yang diperolehi daripada collagen vertebrata daripada babi, lembu dan ikan. Ia diperolehi daripada proses hidrolisis. Bahan utama yang digunakan adalah kulit babi dan tulang lembu. Sumber yang paling umum adalah kulit babi. Gelatin digunakan dalam penyediaan air krim, yogurt, jeli, dalam farmaseutikal, pemprosesan makanan dan sebagainya. Jika perkataan gelatin muncul pada label tanpa merujuk kepada sumbernya, ia secara umumnya berasal dari kulit babi dan tulang lembu. Gelatin halal dihasilkan dengan menggunakan tulang lembu, ikan dan kulit lembu yang disembelih. Terdapat juga gelatin vegetarian seperti agar. Terdapat debat yang mengatakan jika gelatin daripada babi sudah diproses dianggap halal kerana perubahan kimia protein tersebut. Prinsip ini telah dibincangkan secara terperinci di Umm ul Qura Makkah, berdasarkan fatwa yang diberikan oleh Shaykh al-Albaanee. Prinsip ini ditentang hebat oleh pelbagai pihak. Wallahualam

sumber : gym-panji & fmashur




igt senang ke nk tough camni? fuh!!




3 ulasan: