Pages

Rabu, 16 November 2011

Cerpen: Jang Si Malang


Jang seorang budak berumur 12 jagung. Die sangat nakal. Suatu malam hari Jang telah mendapat mimpi bertemu dengan seekor ikan duyung yang tidak seperti dalam kartun saluran disney kerana ikan duyung yang dijumpanya penuh dengan jerawat dan terdapat 2 3 biji yang sudah masak dan hanya menunggu untuk menjadi nasi.
Berbalik kepada mimpi Jang sebentar tadi, Jang berjumpa dengan duyung itu di sungai belakang rumahnya yang terletak di seberang sungai. Duyung itu telah memberikan Jang satu azimat yang dipercayai boleh menunaikan apa sahaja permintaannya.
Selapas bangun dari tidur, Jang dalam keadaan berpeluh-peluh konon macam mimpi dalam cerekarama tv3 tu. Jang bergegaskeluar daripada biliknya. Dia hanya sempat mencapai apa sahaja yang boleh dicapai tangannya yang tak tercapai dek akal. Sampai sahaja di dapur Jang terus mencapai sarapan yang terdapat di bawah tudung saji dan tudung emaknya yang sedang bersiap-siap untuk ke kebun getah untuk mencari rezeki sekeluarga kerana ayah Jang sudah lama pergi tak kembali kerana sesat di hutan kerana mahu mencari ayam kampong untuk kenduri akikah Jang selepas 7 hari kelahiran Jang.
          Jang sudah tidak sabar mahu ke sungai di belakang rumahnya. Dia terus meloncat dan menyelam ke dasar sungai itu dalama keadaan mata terbuka luas walhal tak Nampak apa pon sebab sungai itu sudah 8 tahun keroh dek pembalakan tidak terkawal oleh manusia yang pentingkan wang ringgit berbanding wang rupiah. Apa taknya mata wang rupiah sangat rendah.
          Jang pon berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang berenang, akhirnya die ternampak satu lembaga yang bercahaya. Dalam hatinya terdetik teka-teki, adakah itu lembaga tabung haji yang dibina di dasar laut? Sungguh ajaib. Ternyata teka-tekinya tidak benar sama sekali kerana itu adalah ikan duyung yang mirip dalam mimpinya malam tadi.
          Jang sudah tidak tahan, dia kembali ke permukaan kerana dia bukan seekor ikan duyung yang boleh tahan nafas lama-lama. Selepas mendapatkan oksigen, Jang kembali ke dasar laut. Die tekejut kerana ikan duyung yang dijumpai ini kulitnya tidak berjerawat. Terdetik dalam hatinya adakah ikan duyung ini memakai sabun beras? Olay whitening total efek? Simpli siti? Ternyata sekali lagi sangkaannya salah kerana kulit ikan duyung itu bersisik.
          Tanpa membuang masa Jang terus menghulurkan tangan kanannya sebagai syarat untuk meminta sesuatu daripada ikan duyung itu, ikan duyung itu seolah-olah mendapat mimpi yang sama kerana die pon terus member ‘barang’ itu kepada Jang. Sempat juga Jang merasai kelembutan kulit ikan duyung itu.
          Sesudah Jang terima ‘barang’ itu, die terus kembali kerumah kerana sungai itu bukan habitat Jang. Jang tidak sabar untuk melihat dengan lebih mendalam apakah ‘barang’ itu. Sesampainya Jang di rumah, die terus masuk ke biliknya. Kali ni die tidak sempai mencapai apa sahaja yang ada di dapur kerana emaknya belum pulang lg daripada kebun getah manakala ayahnya juga belum temui jalan pulang.
          Jang duduk sebentar di katil, dan meletakkan ‘barang’ itu di atas meja tulisnya yang tidak pernah Jang gunakan untuk menulis kerana dia buta huruf. Tiba-tiba cahaya muncul dari ‘barang’ itu. Jang tersentak, terkejut, tersedak dan terkial-kial. Tanpa membuang masa, Jang terus memegangnya dan melompat-lompat seperti beruk mendapat bunga.
          Jang terkejut lagi sekali dan kali ini die lebih terkejut daripada tadi kerana ‘barang’ itu bergetar-getar seperti joystick anti-shock bergetar selepas menjaringkan gol kemenangan di PES. Baru jang sedari bahawa ‘barang’ itu adalah telefon bimbit. Tanpa membuang masa, Jang terus menekan butang hijau yang menandakan untuk menjawab panggilan itu. Entah dari siapa yang menelefon telefon itu.
          “Hello. Lu sudah kene BENG la!! Lu dalam rancangan BENG KANG LU!!”

-tamat-